Wednesday 5 June 2013

LeLaKi IdaMaN...

Hai semua...lame dh tak mengepost...hari ni aku rasa nk mengepost benda yang agak gedik's untuk di kongsi bersama...haha well korang tak suka tak ape..aku punya hal lah..ekeke..sebut pasal lelaki idaman..mesti korang punya citerasa semua berbeza kan..haha takkanlah semua sebijik-bijik suka apa yang aku suka kan...klau tak susah laa..takkanlah aku nk share suami aku ngn korang lak...opsss haha terlebih sudaaaa....kidding2...

Hurmm..apa yang aku nk kongsi ni tak semesti akan aku dapat tau...tapi ape yg aku suka la and aku nilai laa bila terpandang lelaki..TER pandang ok..bukan Tertenun..hehe haha well apa2 jelah aku ni..hehe ..First aku suka tgk klau lelaki yg ada jangutnya sejemput...haha bg aku wah comelnya dia!! ekeke then tmbah lak dgn keningnya yang lebat  sket ala-ala kening lelaki yg agak bersepah tu...hehe aduh..bak kate org ape...luluh jantung ni...ekeke aduh over lak aku..ok2..back to our topic..ekeke

Tapi muka lelaki CUN xelok jugak kn..yela..lelaki CUN kan tuk perempuan cun jugak...hehe so bleh la nanti bertanding sesama sendiri sapa lagi cun ye tak? haha pulakkkk....so bagi aku laa..lelaki yang nmpak lagi sedap mata aku ni memandang..bila mana dia sangat titik beratkan soal agama..tak adalah terlalu sgt..cukup bila dia pndai jaga solat, puasa and tahu semua halal haram...sbb aku sedar lah aku pun tak lah seberapa mane...ekeke cewah2 awat aku ni tibe2 la ni feeling2..haha ok ok stop... next ciri lak yer...

Aku sangat suka bilamana seorng lelaki tu sangat menghormati ibu bapanya...yang dengar cakap org tua..sbb aku thu..klau dia boleh buat mak ayah dia senang dgn dia..In shaa Allah dia pun boleh buat mak and ayah mertua dia senang dengan dia...wallahualam..last ciri2 lelaki yang aku suka...lelaki yg tak merokok..yes merokok...mungkin bagi sesetgh lelaki tu...rokok tu peneman dia di kala hati sepi dan gundah gulana...but sorry guys..for me it's not true...bg aku lelaki yang merokok ni lelaki yg tak dapat nk handle masalah dia dgn betul..mesti klau lelaki yg perokok bace aku punya blog ni hangin satu badan bila aku cakap gini kan..hehe xpelah ni aku punya blog so aku punya pasal lah hehehe...jangan marah aaa....

Oklah guys..kali ni,..ini jelah kot yg aku nk kongsi ngn korang...mungkin ciri2 ni aku tak kan dpt..tp ni yg aku idamkan...hahaha berangan aku ni ceh! ciri2 yg aku share ni ciri yng aku nilai bila TERpandang tau...sbb TERtenun...haha ape beza dua benda alah ni...sendiri mau fikir ok..hehe k lah bubai adiosss...


haaa....boleh x klau macam ala2 abang pedas (ILUS-melur jelita)  kat ats ni....haha ok2 over kn aku..ciss..nak lebey lak...haha lagipun dia tak kan dapat masuk list sbb dia org siam sana mari...hehe aku suka lelaki melayu juga...waaa walaupun Tun ckp melayu mudah lupa...waa aptb hehe bye!

Tuesday 9 April 2013

Lirik Lagu Bermakna...

"Berharap Kasih moga engkau mampu memahami...
 Walaupun bukan sekarang bahagia menjelang..
 Mengharap kasih moga engkau mahu tuk bersama..
 Andai musim pun berubah dirimukan datang"

"Tak pernahkah kau sadari..
 Aku lah yang kau sakiti...
 Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari..
 Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku...
 Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia"

"Entah di mana dirimu berada...
 Hampa terasa hidupku tanpa dirimu...
 Apakah disana kau rindukan aku..
 Seperti diriku yang selalu merindukanmu....selalu merindukan mu.."

"Dapatkah selamanya kita bersama..
 Menyatukan perasaan kau dan aku...
 Semoga cinta kita kekal abadi..
 Sesampainya akhir nanti selamanya..."

"ketika waktu mendatangkan cinta..
 Aku putuskan memilih dirimu..
 Setitis rasa itu menitis dan semakin parah...
 Bisa ku rasa getar jantungmu mencintai ku apa lagi aku..
 Jadikanlah diriku pilihan terakhir hatimu..."

"ku berharap tulus cinta ini akan jadi kenyataan dalam hidupku..
 Bukan hanya mimpi dalam tidurku...
 Semoga tuhan mendengar doaku..untuk cinta ini.."

"Mencintai aku dengan seadanya..
 Mencintai aku bukan kerna rupa..
 Dalam waktu sendu dalam waktu hiba...
 Ku harapkan dia rela...
 Mencintai aku dengan seadanya
 Sanggup menerima insan tak sempurna
 Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja.."

"Walau ku tahu kau tak sempurna..
Tak membuat aku jauh darimu...
Apa adanya...ku kan tetap setia kepadamu...
Tuhan jagakan dia..dia kekasihku...kan tetap milikku...
Aku sungguh mencintai..sungguh menyanyangi sepenuh hatiku..."
=> this song i dedicate to my special one...my dear.. i hope u will be mine soon...love u so much...hope Allah always bless you dear... -khun Akmal kha, chan ruk ter na,ruk ter maak maak..ruk patalok ciwik..-


Wednesday 9 January 2013

MakSud CinTa....BaGiku

Assalammualaikum...Apa khabar semua? sudah agak lama aku meninggalkan alam luahan rasa aku di sini...
harini aku kembali kerana ingin sekali aku berkongsi apa maksud cinta padaku...yup..semua orang mempunyai maksud cinta masing-masing...tapi apakah maksud cinta itu datang dari hati yang ikhlas ataupun sekadar persediaan jika ada yang bertanya maksud cinta itu pada anda?? jika ya..anda hanya menyediakan maksud cinta itu jika risau ada yang akan bertanyakan anda..sebenarnya boleh dirumuskan bahawa anda masih belum lagi mencapai atau mendapat maksud cinta yang luhur dari hati anda..atau dalam erti kata lain..anda mungkin masih belum bersedia untuk bercinta...

Cinta padaku sangat meluas maksudnya...yer pernah aku bertanya pada rakan-rakan di FB..apa maksud cinta pada anda? secara amnya ramai yang mengetahui cinta pada Allah, cinta pada ibu bapa...tapi berapa ramai aje yang betul-betul faham dan hayati maksud cinta itu? kenyataannya ramai yang tahu tapi tak betul-betul mngamalkan atau menghayati maksudnya...

Cinta ini bagiku mudah saja...cinta pertama dan terakhir yang kekal abadi hanya pada Allah s.w.t. tapi tak salah dalam mencintai manusia lain..kerana itu fitrah kita sebagai hamba Allah....fitrah di mana ingin menyanyangi dan di sayangi..tak kira lah dari konsep kasih sayang dengan ibu ayah dan kaum keluarga ataupun dengan pasangan hati...

Jika dari konsep kekasih, aku mencintai kekasihku kerana Allah..dan kasih sayangku jua pasti kerana Allah..kerana Allah aku bertemu dengannya...kenapa perlu aku ketepikan penciptaku andai penciptaku sendiri yang menemukan aku dengan pasangan ku itu? tapi sejauh mana hamba Allah setakat hari ini yang faham erti "Jodoh pertemuan ajal maut semua ditentukan Allah"?? seperti yang telah aku sebutkan tadi...manusia hanya tahu tapi tidak simpan atau pegang ayat itu sesungguh hati...dan tidak juga menghayati baris kata ini andai nanti dia di pisahkan dengan orang yang di cintainya sepenuh hati...

Bila hatimu menyanyangi pasanganmu melebihi Allah....bererti bagiku kamu gagal dalam bercinta..kenapa? kerana kamu gagal dalam mencintai pencipta yang menganugerahkan kamu pasangan yg sangat serasi dengan kamu sehinggakan kamu lupa untuk bersyukur pada Allah akan anugerah itu...jika ini berlaku..kamu akan meghadapai satu situasi yang sangat sukar...bila mana pasangan tidak lagi menjadi jodoh kamu...lalu pada siapa kamu akan merintih dan mengadu jika bukan kepadaNya?? Ada sesetengah manusia yang menjadi sasau dan gila kerana cinta..inilah puncanya...bila hati terlalu taksub pada keindahan atau kasih sayang sementara yang Allah pinjamkan pada kita~ inilah kegagalan cinta...mahu anda menjadi sebahagian dari kalangan orang-orang seperti itu? pasti tidak bukan?

Memanglah tidak salah menyinta..tapi biarlah sesungguh-sungguh cinta dan faham erti cinta itu sendiri...bagiku lagi cinta itu perlu di bawa dan di jaga dunia akhirat..perlu di jaga kesucian cinta tu jika benar-benar cinta...tidak perlulah membuktikan cinta anda sebelum nikah...kerana bagi aku tak membawa apa-apa maksud pun...satu lagi jujur dan ikhlas juga penting dalam hubungan cinta ni..jangan menipu pasangan anda..kelak jika ada sesuatu yang berlaku melibatkan penipuan anda...siapa yang susah? anda jugak...

Ada sesetengah orang yang bercinta tapi lupa mak ayah dia..ni lah silapnya bila bercinta ketepikan orang tua kita...tak ada restu dari keluarga..bahagia ke hidup kalau ketepikan keluarga anda? ya..masa bercinta semuanya indah aje..tapi bila dah kahwin masa itu anda akan rasa rindu pada keluarga anda..sudahnya berlaku pergaduhan antara suami isteri...sebab tu lah pasangan kekasih ni klau boleh..masa kenal-kenal tu kalau ada salah satu family tak berapa suka atau berkenan berbincanglah elok-elok dengan keluarga..klau tak kena juga dan tak dapat restu dari keluarga..janganlah teruskan...nanti tak bahagia..

banyak yang aku nak cakap sebenarnya..tapi memandangkan nanti jadi terlampau panjang jadi aku rumuskan jela...dalam hubungn cinta..pertama bagi aku jangan ketepikan cinta pada yang Berhak iaitu Allah..di mana Dialah yang memberi anda rasa cinta di hati pada pasangan anda itu..kedua jangan ketepikan mak ayah anda..kerana restu mereka sebagai orang tua pada kita sangat penting..pasti semua tahu kan redha Allah terletak bila redhanya orang tua kita pada kita...jika anda tahu..Alhamdulillah...dan yang last sekali aku dapat simpulkan ialah kejujuran dan kesetiaan pada pasangan anda tu penting...kalau awal-awal pasangan anda dan tak jujur dan tak setia malahan curang dengan anda...tak perlulah pula anda setia padanya...angkat kaki carilah Mr./Mrs Right anda...hehehe oklah itu je lah yang mampu aku tulis kali ni...pnjang sangat tak terbaca lak korang nanti..k lah salam..bye ^_^

Sunday 2 September 2012

SeSaaT KaU DaTanG...SeLaManYa aKu KeNanG...


--> Gambar ni merujuk kepada kehidupan aku sekarang di kelilingi oleh orang-orang yang bercinta dan dah tiba masanya untuk mereka-mereka ini mendirikan rumah tanga..sekejap aje masa berlalu kan..aku rasa semalam masih lagi aku bersekolah..


"walau apa pun..memang itulah hakikat yang aku kena terima..orang-orang keliling aku dah pun besar..(cakap kat orang aku pun sama jugak..kiki)..so di sini aku nak hint kan beberapa orang yang dah aku akui aku rasa seperti kehilangan mereka-mereka ini...maklumlah zaman kanak-kanak dah nak abis.."

To ===> Mak Su

---> "Memandangkan mak su aku bakal mendirikan rumah tangganya pada bulan 11 nanti..maka berakhirlah generasi mak sedara n pak sedara aku yang belum bernikah...satu kehilangan aku rasa..yelah sebabnya lepas ni tak da dah lah majlis kahwin yang kami boleh raikan..tinggal yang akak sepupu n abg sepupu ajalah tu pun mostly dh kawen..yang tak kawen lagi yang seangkatan dengan aku ni haa...haish..alih-alih majlis sendiri dulu..opssss hihi..."

To ===> Abg Adam

---> "Beza umur dgn abg adam ni takdalah jauh sangat tapi memandangkan aku hormati dia lebih tua pada aku so aku panggil la dia abg...abg adam ni antara lelaki yang paling setia yang pernah aku kenal..bercinta pada zaman sekolah lagi..perghh...memang terbaik la abg adam..akak pun same..sama-sama setia..tup-tup haritu dengar kata abg adam dh nak kawen dh hujung tahun ni..wah..alhmdulilah..sy kat sini hanya boleh mendoakan ajelah moga-moga abg adam bahagia bersama bakal isteri tercinta..aminn..--kalau abg adam terbaca post ni jgn marah ekk...hihi"

To ===> Abg Nik

---> "Abg Nik ni..abg angkat aku sejak zaman sekolah lagi...zaman aku nakal-nakal dulu..hehe abg angkat aku sejak 8 tahun yang lalu..tapi aku dh lama tak contact dia..ntahlah..last jumpa pun time sama-sama buat lesen memandu dulu..n aku rasa sekarang abg nik dah kawen kot..ntahlah..mungkin yer..apa-apa pun aku harap mereka gembira"

To ===> All my friend..(tak kira yang sedang hangat bercinta, yang dah bertunang, mahupun yang dah kawen)

-----> "Memang aku akui..zaman bercinta semuanya manis..kadang-kadang kerana cinta kita terlupa orang keliling kita yang ada dengan kita sebelum kekasih hati kita datang..sampai tiba masanya diorang berlalu pergi..baru kita tersedar yang kita telah kehilangan insan itu..aku pernah merasainya..dan untuk menelannya perih..5 tahun belum cukup tuk menjadi ubat keperitan tu..."

"Sahabat-sahabatku..andai hari ini aku terlupa akan diri kalian..maafkan aku..seikhlas hatiku..aku tidak pernah melupakan kalian..Cinta aku terdahulu banyak mengajar aku erti persahabatan..erti kehidupan..erti kasih sayang..erti kejujuran dan kesetiaan..malahan erti pergorbanan dan kasih sayang kepada ibu...cukuplah sekali aku aku kehilangan orang-orang tertentu di dalam hidupku...tidak lagi untuk kali-kali seterusnya..kerana kalian amat berharga buat aku..kalian sahabat yang tidak pernah ku lupakan...meskipun aku diam tanpa khabar..kalian tetap segar di ingatan ku.."


--> To All My Friend

~> SKBTB [Fatin Khalid,Azwa,Ain,Norleen,Fazleen,Nik Aina,kakak & angah, & Classmate]
~> SEMKIF [kakak,eton,fea,ayu,kok,fizah,nadia,fadhil & lain2..ramai ag dr form 1-5]
~> KMPh [Cik akmal,ila,azni,ezan & lain2]
~> UTM Skudai.JB [kak yati,tehah,mira,azmira & classmate ]

~> kawan-kawan di tempat kerja, Kedai Buku Ibzanis & Sabasun HyperRuncit 2..
[SSB = kak nora,syafiq,lokman,kak ti,kak siti,kak zila,kak na,kak bi & Ani]
[IBZ = kak midah, kak zura, kak tehah, apih & usop]

Friday 24 August 2012

NoveL "Awak Suka Saya TaK?"

Hai..ni lah novel yang paling aku sayang.."Awak Suka Saya Tak?" novel terbaik yang pernah aku baca..paling romantik and paling bagus dalam menegur bab-bab agama..seorang hero yang agak kacak dalam gambaran aku..jap lagi aku bagitahu macam mana gambar rupa yang aku bayangkan dalam novel ni hehe...
Kisah yang menceritakan betapa agungnya rasa cinta Muhammad Hilman Yong kepada Puteri Intan Zulaikha yang amat di cintainya..Cinta yang berlandaskan aturan dr Allah..yang mempertemukan dua hati yang saling memerlukan dan mencintai antara satu sama lain...munculnya watak Damein Yong yang mengelirukan lagi Intan Zulaikha dalam mencintai Hilman Yong...Namun kekeliruan itu telah menimbulkan rasa cinta yang menebal untuk Hilman Yong lantaran kehadiran Damein Yong..Lantaran doa di titipkan hari demi hari agar Hilman Yong kembali ke pangkuannya lagi..
Ni lah Hilman Yong dalam gambaran aku..ala-ala la walaupun x seberapa tepat..hihi memandangkan Hilman Yong berketurunan Korea-Amerika-China so aku rasa Hero yang aku gambarkan ni sesuai la memandangkan Hero ni pun kacukan Korea-Amerika..Handsome kan? hehe tulah...aku pun rasa gitu..hihihi...blockquote>
Untuk watak heroin lak aku tak tahulah sape tapi ala-ala dia aku rasa macam ezlyin kot xpun fauziah gaous..hehe tapi gambaran aku lain la kot..yelah masing-masing punya gambaran...
Tebal novel ni dalam 1000 lebih gak...maunya puas hati aku baca..hihi apa-apa pun aku enjoy giler baca novel ni...terbaik laa!! syabas Melur Jelita...
Gambar Hero sewaktu berubah menjadi Damein Yong..tetap handsome..

Wednesday 22 August 2012

NoveL-NoveLku

Assalamualaikum....
sudah lama aku tak bertandang ke rumahku ini, mungkin sbb orang yang selama ini setia membaca entry aku sudah tiada lagi...entahlah..aku pun tak pasti tentang itu..kemana dia menghilang sungguh aku tidak tahu...kenal pun tak...macam mana nak tahu kan? sebagai saudara seislam..ada kalanya aku rasa rindu..yaa..perasaan normal yang wujud bagi jiwa yang normal..(ceh macam pelik je ayat)..apa-apa pun..hidup mesti di teruskan.. (aduh!! ayat cam dia xda lagi je kat dunia ni)hehehe..tapi serius sapa tahu kan dia hidup ke tak lagi...hmmmmm tetttt!!!!! no komen...
apa-apa pun..entry aku kali ni just nk sembang2 kosong aje..yelaa..cuti lame ni sebelum masuk sem baru bulan 9 ni..berapa haribulan masuk u balik ntah..aku tak ambik pusing sgt skg..(malas nk fikir lagi, nak cuti je puas2 sekarang)...hidup aku skg..hanya dengan bernovel shj..yela..hero-hero dalam novel semua handsome, romantika de amor, caring and what so ever la...tapi reality? ada ke macam tu? seriously pasti ada something goes wrong somewhere kan? because nobody was perfect..yaa nobody!!
perfect tak perfect pun aku still lagi ngok ngek terjatuh cinta denga hero yang mungkin wujud or mungkin tak wujud ni..hehe...adoi..sabo jela...baru-baru ni sebelum aku balik kampung halamanku..ada la jugak aku terbaca novel, bukan sengaja taw TERbaca taw di sebabkan keboringan yang amat sgt, yela..laptop rosak, memang la bosan..ceh nak di jadikan cerita la kan..aku pinjam la satu novel kawan aku ni..baca punya baca haa hambek kau..mahunya 15 buah novel aku bace..gila tak gila...haa klau tak caye tgk la ni list dia...
1. Sepupuku Suamiku
2. Usai..aku terima nikahnya
3. Musuhku Suamiku
4. Air Mata Rindu
5. Suami Yang Ku benci
6. 5 Tahun 5 Bulan
7. Cintaku Cintamu Satu
8. Antara Dendam Dan Rindu
9. Relevenkah aku di hatimu
10. Cucur Bawang & Kopi O
11. Sayangku merajuk
12. Bagaikan Puteri
13. Lukisan Buat E-ah
14. Di Bius Cinta
15. Sebenarnya Saya Isteri dia..
ok meh aku komen..lam banyak2 novel..semuanya aku suka..haha..tapi the most yang aku suka ialah, SUAMI YANG KU BENCI..SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA..RELEVENKAH AKU DI HATIMU..DI BIUS CINTA...
serius aku akui...jalan cerita novel skg, lebih kurang sama je..tapi yang aku cakap the most ni yang paling buat aku tertarik laa...Why?? because i love it! haha terikut drama Ombak rindu la pulak hehe.. sebenarnya yang the most ni jalan cerita dia paling umphh!! la bg aku..menarik sangat...kalau korang nak tahu betol ke tak..cuba try test la bace..amacam? ada bran?? haha...
tak lupa juga dua tiga novel lagi aku sempat habiskan minggu lepas..tajuknya..
1. Suamiku Tak Romantik tapi Autistik
2. Maid
3. Doktor Cinta
4. Cinta Contrak
5. Awak suka saya tak? (proses membaca,tebal wo!)
Yang latest2 ni aku tibai beli pakai duit gaji..haha..tak sabar aku nak memborong novel lagi kalau ada rezeki..haha k lah..tu je aku nak melalut...bye!

Friday 17 February 2012

Mak.......

salam mak, along tahu along bukanlah anak yang baik sangat. along pun pernah buat mak kecik hati,buat mak sedih, buat mak marah, buat mak menangis.. Maafkan along yer, tu dulu masa along tak pandai lagi nak hargai kasih sayang mak, along masih mentah..tapi sekarang setiap apa yang mak rasa along tahu, perasaan sedih mak along dapat rasakan jugak, terutamanya bila adik2 along sendiri tak pernah nak hargai mak, mak tahu tak..kalau boleh along nak je penuhi apa yang mak nak, walaupun sekarang ni along tak mampu sangat, tapi along cuba jugak walaupun benda tu benda biasa shaja.

Satu ketika dulu, along pernah ucapkan rasa sayang along pada mak dekat facebook, entah mana silap along, kasih sayang along di pertikaikan oleh sedara mara kita, setahu along, setiap apa yang along buat dengan sapa along berkawan and dengan sapa berkasih, semua dalam gengaman tangan mak. semua along cerita. mak tak pernah marah, tu sebab along sygkn mak..mak memahami anak-anak mak. Dulu along pernah mencari seseorang yg dapat sayangkan mak macam mana along sayangkan mak,tapi susah nak dapat sebab tiada keikhlasan di situ. tapi sekarang along dah jumpa seseorang yang boleh sayangkn mak macam along syangkn mak, malah mungin lebih pada kasih syg along pada mak.

Mak, along nak mak tahu yang along sangat sayangkn mak. berat hati tinggalkn mak kt sini. along doakan mak selalu sihat yer,Ya Allah..lindungilah ibuku ya Allah..sesungguhnya kasih sayangMu kepada hamba2Mu melebihi kasih sygku padanya,justeru kau lindungilah dia ya Allah, kau berikanlah kesihatan yg cukup agar dia dapat menjalankn aktivitinya seperti biasa..permudahkanlah urusannya ya Allah..hanya padamu aku memohon..amin3x.

Saturday 11 February 2012

LaGu Buat Sang KekaSih..

salam..hai semua...harini aku xnak ckp panjang, aku sekarang tengah cuti semester, so aku kat umah ada lah layan-layan cite melayu sikit, yang paling best cerita yang aku tengok Vanila coklat...sweet sangat..bercinta dalam gaduh-gaduh manja gitu..well lagu yang menyetuh jiwa aku ni pun aku dengar dari cite vanila coklat jgk.. so enjoy k lagu ni..




Friday 6 January 2012

Tak sabar nak balik..

aduhai..penat je nak menanti hari ni...kata orang, kalau kita tunggu sesuatu tu, jam tu bergerak lambat je..tapi kalau kita biar, pantas je ia berlalu..betul apa yang orang tua cakap...aku menulis blog ni kebetulan sebab aku tengah on9..dan bagi mengelakkan aku daripada tidur, so aku tulis la blog ni...bagi ruang sikit otak aku bernafas..hehe sebab dah sesak dah ni...

aku sebenarnya rindu nk balik rumah, rindu sangat dengan mak and adik adik aku, macam dah lama je x balik umah..tu yang menyebabkan aku rasa lambat je masa berlalu ni..sebab aku tunggu masa...mak..nak balik..hmm lambatnya hujung bulan ni...xsabar dh nak balik...nak balik tanpa Assignment!! haa itu yg penting...hehe wahh...syoknya...hmmm

sabar hati sabar...hehe k lah..nanti kau story2 lagi k...macam banyak je nak cite ni..hehe k lah..bubye....~mood :: study for final exam~ ^_^ peace

Sunday 11 December 2011

PeNaT..

salam..

sudah sekian lamanya aku tidak berblog..kepada yg still sudi berkunjung ke entry aku ni...aku ucapkan terima kasih bebanyak sebabnya korang setia..hehe cewah macam setia kat 'gewe-gewe' gitu..hmm aku sekarang busy sket..kalau korang nk thu sem ni lah aku gelarkan sem assgnment, sbbnya sem ni buat assgnment je bnyk studynya kurenggg...hehe...alamak berapalah pointer aku ni nanti...huhu

baru-baru ni aku bnyk siapkan assgnment-assgnment aku ni berkaitan dgn mcm2..antaranya berkaitan dengan isu semasa, berkaitan dengan blog, and macam-macam lagi la jugak....sebab tu lah aku penat....sampai tak da masa sangat dengan orang tercayang hehe....tapi tak apalah dah masing-masing pun busy..kira fahamlaa...(ni yang buat aku tak sabar nak tunggu cuti sem ni) aku perlukn rehat!! ceh penegasan lah sangat..hehe

well k lah...aku nk g sambung kerja-kerja aku yang juga setia tunggu aku tu..macam korang-korang jugak.setia baca blog aku..hehe k lah..ada masa aku story lagi apa yang dh jadi kt aku k..bubye adiosss...