Friday, 17 February 2012

Mak.......

salam mak, along tahu along bukanlah anak yang baik sangat. along pun pernah buat mak kecik hati,buat mak sedih, buat mak marah, buat mak menangis.. Maafkan along yer, tu dulu masa along tak pandai lagi nak hargai kasih sayang mak, along masih mentah..tapi sekarang setiap apa yang mak rasa along tahu, perasaan sedih mak along dapat rasakan jugak, terutamanya bila adik2 along sendiri tak pernah nak hargai mak, mak tahu tak..kalau boleh along nak je penuhi apa yang mak nak, walaupun sekarang ni along tak mampu sangat, tapi along cuba jugak walaupun benda tu benda biasa shaja.

Satu ketika dulu, along pernah ucapkan rasa sayang along pada mak dekat facebook, entah mana silap along, kasih sayang along di pertikaikan oleh sedara mara kita, setahu along, setiap apa yang along buat dengan sapa along berkawan and dengan sapa berkasih, semua dalam gengaman tangan mak. semua along cerita. mak tak pernah marah, tu sebab along sygkn mak..mak memahami anak-anak mak. Dulu along pernah mencari seseorang yg dapat sayangkan mak macam mana along sayangkan mak,tapi susah nak dapat sebab tiada keikhlasan di situ. tapi sekarang along dah jumpa seseorang yang boleh sayangkn mak macam along syangkn mak, malah mungin lebih pada kasih syg along pada mak.

Mak, along nak mak tahu yang along sangat sayangkn mak. berat hati tinggalkn mak kt sini. along doakan mak selalu sihat yer,Ya Allah..lindungilah ibuku ya Allah..sesungguhnya kasih sayangMu kepada hamba2Mu melebihi kasih sygku padanya,justeru kau lindungilah dia ya Allah, kau berikanlah kesihatan yg cukup agar dia dapat menjalankn aktivitinya seperti biasa..permudahkanlah urusannya ya Allah..hanya padamu aku memohon..amin3x.

No comments: