Wednesday 9 January 2013

MakSud CinTa....BaGiku

Assalammualaikum...Apa khabar semua? sudah agak lama aku meninggalkan alam luahan rasa aku di sini...
harini aku kembali kerana ingin sekali aku berkongsi apa maksud cinta padaku...yup..semua orang mempunyai maksud cinta masing-masing...tapi apakah maksud cinta itu datang dari hati yang ikhlas ataupun sekadar persediaan jika ada yang bertanya maksud cinta itu pada anda?? jika ya..anda hanya menyediakan maksud cinta itu jika risau ada yang akan bertanyakan anda..sebenarnya boleh dirumuskan bahawa anda masih belum lagi mencapai atau mendapat maksud cinta yang luhur dari hati anda..atau dalam erti kata lain..anda mungkin masih belum bersedia untuk bercinta...

Cinta padaku sangat meluas maksudnya...yer pernah aku bertanya pada rakan-rakan di FB..apa maksud cinta pada anda? secara amnya ramai yang mengetahui cinta pada Allah, cinta pada ibu bapa...tapi berapa ramai aje yang betul-betul faham dan hayati maksud cinta itu? kenyataannya ramai yang tahu tapi tak betul-betul mngamalkan atau menghayati maksudnya...

Cinta ini bagiku mudah saja...cinta pertama dan terakhir yang kekal abadi hanya pada Allah s.w.t. tapi tak salah dalam mencintai manusia lain..kerana itu fitrah kita sebagai hamba Allah....fitrah di mana ingin menyanyangi dan di sayangi..tak kira lah dari konsep kasih sayang dengan ibu ayah dan kaum keluarga ataupun dengan pasangan hati...

Jika dari konsep kekasih, aku mencintai kekasihku kerana Allah..dan kasih sayangku jua pasti kerana Allah..kerana Allah aku bertemu dengannya...kenapa perlu aku ketepikan penciptaku andai penciptaku sendiri yang menemukan aku dengan pasangan ku itu? tapi sejauh mana hamba Allah setakat hari ini yang faham erti "Jodoh pertemuan ajal maut semua ditentukan Allah"?? seperti yang telah aku sebutkan tadi...manusia hanya tahu tapi tidak simpan atau pegang ayat itu sesungguh hati...dan tidak juga menghayati baris kata ini andai nanti dia di pisahkan dengan orang yang di cintainya sepenuh hati...

Bila hatimu menyanyangi pasanganmu melebihi Allah....bererti bagiku kamu gagal dalam bercinta..kenapa? kerana kamu gagal dalam mencintai pencipta yang menganugerahkan kamu pasangan yg sangat serasi dengan kamu sehinggakan kamu lupa untuk bersyukur pada Allah akan anugerah itu...jika ini berlaku..kamu akan meghadapai satu situasi yang sangat sukar...bila mana pasangan tidak lagi menjadi jodoh kamu...lalu pada siapa kamu akan merintih dan mengadu jika bukan kepadaNya?? Ada sesetengah manusia yang menjadi sasau dan gila kerana cinta..inilah puncanya...bila hati terlalu taksub pada keindahan atau kasih sayang sementara yang Allah pinjamkan pada kita~ inilah kegagalan cinta...mahu anda menjadi sebahagian dari kalangan orang-orang seperti itu? pasti tidak bukan?

Memanglah tidak salah menyinta..tapi biarlah sesungguh-sungguh cinta dan faham erti cinta itu sendiri...bagiku lagi cinta itu perlu di bawa dan di jaga dunia akhirat..perlu di jaga kesucian cinta tu jika benar-benar cinta...tidak perlulah membuktikan cinta anda sebelum nikah...kerana bagi aku tak membawa apa-apa maksud pun...satu lagi jujur dan ikhlas juga penting dalam hubungan cinta ni..jangan menipu pasangan anda..kelak jika ada sesuatu yang berlaku melibatkan penipuan anda...siapa yang susah? anda jugak...

Ada sesetengah orang yang bercinta tapi lupa mak ayah dia..ni lah silapnya bila bercinta ketepikan orang tua kita...tak ada restu dari keluarga..bahagia ke hidup kalau ketepikan keluarga anda? ya..masa bercinta semuanya indah aje..tapi bila dah kahwin masa itu anda akan rasa rindu pada keluarga anda..sudahnya berlaku pergaduhan antara suami isteri...sebab tu lah pasangan kekasih ni klau boleh..masa kenal-kenal tu kalau ada salah satu family tak berapa suka atau berkenan berbincanglah elok-elok dengan keluarga..klau tak kena juga dan tak dapat restu dari keluarga..janganlah teruskan...nanti tak bahagia..

banyak yang aku nak cakap sebenarnya..tapi memandangkan nanti jadi terlampau panjang jadi aku rumuskan jela...dalam hubungn cinta..pertama bagi aku jangan ketepikan cinta pada yang Berhak iaitu Allah..di mana Dialah yang memberi anda rasa cinta di hati pada pasangan anda itu..kedua jangan ketepikan mak ayah anda..kerana restu mereka sebagai orang tua pada kita sangat penting..pasti semua tahu kan redha Allah terletak bila redhanya orang tua kita pada kita...jika anda tahu..Alhamdulillah...dan yang last sekali aku dapat simpulkan ialah kejujuran dan kesetiaan pada pasangan anda tu penting...kalau awal-awal pasangan anda dan tak jujur dan tak setia malahan curang dengan anda...tak perlulah pula anda setia padanya...angkat kaki carilah Mr./Mrs Right anda...hehehe oklah itu je lah yang mampu aku tulis kali ni...pnjang sangat tak terbaca lak korang nanti..k lah salam..bye ^_^

No comments: